Laporan Kajian Lapangan


Pada 12  sehingga 14 Oktober 2018, kami seramai 63 orang pelajar kursus HGF3043 Kaji Iklim Sem 3 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama seorang pensyarah iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim (Dr. MHI) dan seorang pembantu Makmal Geografi UPSI, Encik Fais, telah menjalankan kajian lapangan di Ipoh dan Cameron Highlands. Kami telah dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan proses pergerakan dan kajian ini dilakukan.

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di PahangMalaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut. Selain itu, Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highlands iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar). Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti RingletTanah Rata(pusat pentadbiran tempatan), BrinchangLembah BertamKea FarmTringkapKuala Terla dan Kampung Raja.  Pensyarah kami telah memilih lokasi kajian ini adalah kerana terdapat perbezaan suhu pada waktu dahulu dan sekarang.

Kajian lapangan ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pola perubahan suhu di Cameron Highlands. Seterusnya, mengkaji kesan pola perubahan suhu tersebut serta  mengenalpasti langkah untuk mengatasi masalah peningkatan suhu di Cameron Highlands.



Pelajar Kursus Kaji Iklim UPSI Sem 3 2018



Hari Jumaat /12 Oktober 2018

Seawal jam 7.00 pagi, kami telah berkumpul di Bangunan Bitarasiswa UPSI untuk menunggu ketibaan Bas. Seterusnya pada jam 7.30 pagi, taklimat ringkas telah diberi oleh pensyarah kaji iklim, Profesor Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim, berkenaan takwim program kajian lapangan sebelum bertolak ke lokasi pertama iaitu SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
Pada jam 9.00 pagi, kami telah tiba di sekolah tersebut untuk menjalankan aktiviti Literasi Pencerapan Cuaca dan Iklim bersama pelajar-pelajar sekolah. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendedahkan lagi subjek geografi khususnya berkaitan unsur-unsu dalam kalangan pelajar



Ketibaan kami disambut ceria oleh cikgu Hishamudin dan para pelajarnya.










Aktiviti pencerapan suhu, angin dan kelembapan bersama pelajar


Pada jam 3.00 petang, kami telah tiba ke Stesen Meteorologi Cameron Highlands, Pahang.



Salah satu stesen meteorologi Malaysia yang terletak di Cameron Higlands.











Pegawai stesen kaji iklim sedang menerangkan jenis dan fungsi alat yang terdapat di stesen tersebut.



Seempat bergambar di kawasan stesen.



Penyerahan sijil penghargaan kepada pihak Stesen Meteorologi Cameron Highlands


Jam 6.00 petang, kami telah tiba di tempat penginapan di Cameron Highlands.




Hari Sabtu / 13 Oktober 2018

Seawal jam 5.30 pagi, suhu yang dingin di tanah tinggi ini telah membangunkan kami dari tidur yang lena untuk solat subuh dan mengurus diri. Kami telah bangun awal kerana masih banyak kerja yang harus kami lakukan. Kami bertolak pada jam 9.30 pagi ke Zon Tringkap untuk memulakan kajian. Seterusnya pada jam 2.30 petang, kami  telah bergerak ke Zon Kea Farm untuk mencari dan mengumpul data kajian dan kemudian pada jam 5.00 petang, kami bergerak ke Zon Brincang bagi meneruskan kajian. Kami balik ke tempat penginapan pada jam 7.00 malam untuk membuat persiapan makan malam bersama-sama.




Salah satu alat yang kami gunakan dalam memperolehi data iaitu Weather Meter.


Proses penyerapan suhu, kelembapan dan kelajuan angin di stesen kajian.

 
Proses mencari responden untuk menjawab borang soal selidik yang kami sediakan.








Proses pengedaran borang soal selidik kepada penduduk, pengunjung dan pekerja di Cameron Highlands

Berehat sebentar untuk menikmati Strawberi Cameron


Persiapan makan malam bersama-sama

Suasana ketika makan malam bersama-sama di Cameron.
 Suasana yang meriah menyebabkan kami terleka untuk mengambil gambar bersma-sama. :(


Hari Ahad / 14 Oktober 2018

Hari ini merupakan hari terakhir kami menjalankan kajian di tanah tinggi Cameron. Selepas mengemas barang untuk check out dan sarapan pagi, taklimat dari dari Dr, MHI  tentang perjalanan hari ini telah diberikan. Pada jam 9.30 pagi, kami telah bergegas ke Zon kajian berikutnya iaitu Tanah Rata. Seterusnya kami ke Zon kajian terakhir iaitu Ringlet pada jam 2.00 petang. Setelah kami selesai mencari dan mengumpul data, pada jam 4.00 tepat, kami telah bertolak pulang ke UPSI.







Proses soal selidik peniaga di Zon Tanah Tinggi.


Sempat mengabadikan kenangan di Cameron sebelum balik ke UPSI.



Perjalanan pulang ke UPSI.
















Ulasan