Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

Laporan Kajian Lapangan

Imej
Pada 12  sehingga 14  Oktober 2018, kami seramai 63 orang pelajar kursus HGF3043 Kaji Iklim Sem 3 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama seorang pensyarah iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim (Dr. MHI) dan seorang pembantu Makmal Geografi UPSI, Encik Fais, telah menjalankan kajian lapangan di Ipoh dan Cameron Highlands. Kami telah dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan proses pergerakan dan kajian ini dilakukan. Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron  merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di  Pahang ,  Malaysia . Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut. Selain itu, Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highlands iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar). ...